Adakah anda berasal dari kampung? Semestinya anda dah cukup biasa dengan pelbagai jenis apam dan salah satunya adalah Apam Gula Melaka. Kalau dah dapat, tak berhenti kunyah dibuatnya.
Orang kampung dulu-dulu sangat suka membuat kuih. Biasanya kita akan jumpa kuih apam ini di kampung saja.
Baca juga: Cara Buat Apam Polkadot Yang Gebu Gebas, Ini Tip Elak Merekah & Jadi Bantat
Tapi sekarang zaman moden pun masih ada lagi yang mengekalkan kuih klasik ini. Senang cerita, kuih yang takkan lapuk dek zaman.
Cara penyediaannya pun sangat mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Orang yang tak tahu buat kuih pun boleh buat kuih ini.
Tiada masalah walaupun anda masih baru dan tidak pernah membuatnya. Kalau anda ikut resipi yang dikongsikan oleh Aida Umi Yati di Facebook ini, gerenti menjadi punya.
Resepi Apam Gula Melaka
Bahan-bahan:
- Tepung gandum cap kuaci dlm 250gram (2 cawan)
- Gula merah 1 1/2 senduk (air secawan untuk masak gula merah)
- Minyak makan 1 sudu besar (boleh guna senduk nasi)
- Mauripan 1 atau 1/2 sudu makan
- Garam sedikit
- Air 1/2 cawan atau secukupnya
- Gula pasir (bila perlu saja)
Cara-cara:
1. Masak gula merah bersama air secawan. Tapiskan.
2. Campur semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.
3. Perap dalam 30 minit.
4. Panaskan tempat kukus dahulu. Tutupnya bungkus dengan kain.
5. Kukus dalam 20-25 minit.
6. Cucuk guna lidi kalau nak tahu dah masak ke belum. Kalau tak melekat maksudnya dah masak. Siap!
Nampak sedap bukan? Tak sabarnya nak cuba. Anda boleh jadikan ia sebagai sarapan untuk anak-anak juga. Pasti mereka suka makan!
Apam Gula Melaka ini lebih cantik dipotong apabila sudah sejuk. Nak lebih sedap, anda boleh taburkan kelapa parut putih yang digaul dengan garam.
Seronok kalau makan sambil minum kopi. Teringat pula kenangan sewaktu di kampung. Selamat mencuba!
Sumber: Aida Umi Yati
Baca juga: Apam Pandan Klasik, Ini Tip Untuk Apam Nampak Cantik.