Acar Darat Johor yang sangat dikenali di negeri Johor ini sangat simple resipinya namun boleh menaikkan selera. Rasa asam, manis acar, rangup timun ditambah pula bau udang kering menjadikan acar ini kombinasi tepat bersama Nasi Beriani atau Nasi Minyak.

Jom layan resipi asli dari Che Mat Gebu yang dikongsikan oleh Puan Kamariah Hashim menerusi laman sesawang Facebook miliknya.

Baca juga: Menu ‘Favourite’ Agong & Raja Permaisuri, Tukang Masak Istana Dedah Rahsia

RESIPI ACAR DARAT JOHOR

Bahan-bahan: 

  • 2 biji timun, diiris dan dibuang bijinya, kemudian dipotong jejari
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana, diiris dan dipotong jejari
  • 1 biji cili merah, dibuang bijinya dan dihiris jejari
  • 10 biji bawang merah, dibelah dua
  • 5 ulas bawang putih, dibelah dua
  • 1/2 inci halia muda, dipotong halus
  • 1 camca besar udang kering, direndam, ditos dan ditumbuk kasar
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 5 kuntum bunga cengkih*
  • 2 biji buah pelaga* (*rempah tumis)
  • 1/4 cawan cuka makan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit biji sawi

Cara-cara membuat:

1. Timun diadun bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian, ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bersama bawang merah, bawang putih, udang kering, dan halia. Tumis sehingga harum dan semua bahan layu.

3. Masukkan cuka, garam, dan gula secukup rasa ke dalam kuali. Biarkan mendidih.

4. Tambah lobak merah dan masak sehingga pekat dan lobak sedikit lembut.

5. Toskan timun yang telah diadun tadi, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata.

6. Tambah cili merah dan biji sawi. Masak sebentar sahaja dan rasa. Jika rasa sudah cukup, bolehlah mematikan api.

7. Hidangkan Acar Darat Johor dengan hidangan utama atau makanan lain mengikut selera anda.

acar darat johor

Selamat mencuba!

Sumber: Kamariah Hashim

Baca juga: Cara Masak NASI GAUL Orang Banjar Yang Makin Pupus, Sedap Rupanya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN