PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Lembap (tanpa butter)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 kek:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan gula yang telah dikisar halus
  • 1 cawan serbuk koko (pakai brand van houten lg sedap)
  • 1/2 cawan serbuk milo
  • 1 cawan susu cair (kalau xde pon xpe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis atau krimer
  • 1 1/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (optional)
  • 1 sudu teh serbuk baking powder
  • 2 biji telur saiz sedang
  • Bahan2 topping:
  • 1/2 cawan serbuk koko van houten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
  • *Utk topping boleh guna kaedah double boiling atau terus masukkn bahan2nye ke dlm periuk.
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur dan gula hingga kembang
  • Setelah kembang, masukkan pula tepung-tepung, serbuk koko, serbuk milo, susu cair, susu pekat, minyak masak. Kacau hingga sebati
  • Masukkan air panas mendidih dan kacau hingga sebati
  • Masukkan ke dalam loyang yang disapu mentega terlebih dahulu
  • Bakar dengan kepanasan 160 darjah selama 45 minit atau hingga masak, oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit.
  • Untuk topping,campurkan je semua bahan2 topping tu dan kacau sampai sebati.Bila agak-agak dah pekat,curahkan kat kek.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN