Resepi Warisan Puan Halijah diilhamkan oleh Cik Betty C.
Mudah disediakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Bertatah Strawberry

Resepi Warisan Puan Halijah diilhamkan oleh Cik Betty C.
Mudah disediakan

BAHAN-BAHAN

  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan mentega/125 gram
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 biji telur
  • Loyang bulat atau empat segi ikut citarasa – yang telah digris sedikit mentega dan ditabur tepung
  • 2 cawan gula aising bertapis
  • 1/3 cawan serbuk kokok
  • 2 sudu besar air panas menggelegak
  • 1 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Jenguk oven sekejap, pastikan oven dipanaskan terlebih dulu suhu 160 darjah celcius selama kurang lebih sepuluh minit.
  • Ayakkan tepung bersama soda ke dalam ‘mixing bowl’.
  • Masukkan bahan-bahan kering dimulakan dengan gula, garam, serbuk koko
  • Masukkan pula bahan-bahan basah, susu cair, mentega, telur dan esen vanilla.
  • Menggunakan ‘mixer’, adun kesemua bahan pada kelajuan rendah selama 30 saat, supaya bahan2 tersebut dapat berkenalan antara satu sama lain (tak terkejut).
  • Setelah itu, pada kelajuan tinggi, adun bahan kek selama 3 minit.(Tidak boleh terlalu lama nanti wujud ‘air bubble’, kek akan membukit bila nak masak. Tuang ke dalam loyang tadi dan bakar selama 40 ke 45 minit.
  • Serta merta keluarkan kek dari loyang untuk disejukkan. Setelah sejuk kita sediakan frosting dan hiasan strawberry
  • Untuk menyediakan frosting, gaulkan gula aising dan serbuk koko, tuangkan air panas dan esen vanilla, kacau sebati. Kepekatan dan kemanisan frosting bergantung pada citarasa.
  • Sapu ratakan frosting tadi ke atas kek, kek tampak berkilat dan sungguh menyelerakan, hiaskan strawberry ikut citarasa. Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN