Ada yang berani untuk mencuba Kek Span Basuh Pinggan? Seperti yang semua tahu, kehadiran kek dalam sambutan hari lahir atau majlis jamuan rumah terbuka memang menjadi satu keperluan yang sukar dilupakan.
Namun, sebuah restoran yang terletak di Kuching, Sarawak, iaitu KANTIN, baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan penjualannya yang unik – kek yang nampak persis seperti span basuh!
Baca juga: 26 Port Makan Langkawi Yang Menarik, Kaki Foodie Mesti Suka!
KEK SPAN BASUH PINGGAN, MENU UNIK DARI KAFE KANTIN
Restoran ini dikenali dengan penyediaan menu autentik Borneo, dan kek itu merupakan menu terhad yang ditawarkan sempena Hari April Mop.
Menurut Mothership Sg, kek ini juga telah dijual di Jewel Changi, Singapura, kerana restoran ini mempunyai cawangan di Kota Singa.
Rupa kek ini benar-benar mengelirukan, dengan lapisan atas berwarna kuning dan lapisan bawah berwarna hijau, persis seperti span basuh pinggan.
Walaupun mungkin terlihat menjijikkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi pengunjung yang telah mencuba kek ini, kebanyakan daripada mereka mengatakan kek tersebut memang sedap.
Untuk pengetahuan umum, kek ini sebenarnya diperbuat daripada kek mentega lemon dengan orange marmalade, dan dihiasi dengan buih lemon di atasnya.
Bagi hiasan pinggan, kek ini dihias dengan sirap pandan dan jus limau nipis untuk memberikan kesan visual yang serupa dengan cecair basuh pinggan.
Jadi, walaupun bentuknya menyerupai span basuh, kek ini masih selamat dimakan dan mempunyai rasa yang enak. Ada sesiapa yang berani hendak mencuba?
Baca juga: Chicken Chop Sebenarnya Dari Malaysia? Mat Salleh Ini Dedahkan
Sumber: Mothership Sg