resepi daging masak kicap

Resepi daging masak kicap merupakan salah satu menu yang mudah untuk dimasak kepada seisi keluarga. Ada satu lauk ini pun dah cukup sedap jika dimakan dengan nasi panas.

Jika mahu mencuba kelainan, boleh cuba resipi perkongsian oleh Encik Ben Safwan di bawah. Menurutnya, cara ini merupakan hasil ajaran ibu mentuanya yang ada rasa tersendiri. Boleh cuba ya!

Baca juga: Resipi Lauk Simple Guna Daging Burger, Boleh Cuba Jika Bahan Basah Dah Habis

RESEPI DAGING MASAK KICAP SEDAP, PEKAT  DAN MELEKAT

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • Jintan putih tumbuk
  • 1 sudu makan bawang kisar
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu makan gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 3-4 biji buah pelaga
  • 2 1/2 sudu makan bawang merah
  • Halia kisar
  • 1 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa

Cara memasak:

1. 500 gram daging lembu dihiris nipis melintang.

2. Gaul dan perap selama 10 minit bersama 1/2 sudu makan serbuk kunyit, 1 sudu makan cili kisar, 1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk, 1 sudu makan bawang kisar,2 sudu makan kicap pekat, 2 sudu makan kicap manis, 1/2 sudu makan gula dan 1 1/2 sudu teh garam.

3. Dalam kuali, tumiskan 1 batang kecil kulit kayu manis bersama 3-4 biji buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah. bawang putih, halia kisar dan 1 1/2 sudu makan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

resepi daging masak kicap

4. Baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.

5. Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa (1/2 sudu makan asam jawa) dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam, tambah secukupnya.

6. Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini. Selamat mencuba!

resepi daging masak kicap

Kredit resipi dan gambar: Encik Ben Safwan

Baca juga: Cara Mudah Masak Daging Dendeng, Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk & Sebati Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN