Kek raya wajib ada tiap tahun..senang pulak nak mbuatnya
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Lapis Bumi
Kek raya wajib ada tiap tahun..senang pulak nak mbuatnya
BAHAN-BAHAN
- 450g Mentega (sy guna golden churn)
- 1 Gelas gula halus
- 2 Gelas tepung gandum
- 10 Biji telur
- 1 Tin sederhana seri kaya
- 1 Tin kecil susu pekat manis
- 3/4 Cawan serbuk nescafe
- 1 Sudu makan esen vanilla
- Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
- Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
- Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
- Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak ye,kang x pasal2 ada bendasing jadik hiasan plak..hehe)
- Haa..bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan serbuk nescafe dan gaul rata,pastikan serbuknya betul2 sebati dlm adunan
- (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
- Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Then ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
- Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.
- Tips 1: Tutup loyang kek mgunakan aluminium foil semasa sdg mengukus utk mengelakkan air pengukus menitik di ats kek.
Tips 2: Bubuh sedikit air suam utk mbancuh nescafe spy lbh sng diadun sebati
Tips 3: Jgn mls nak melapis,sbb anda pasti berpuas hati bila bjaya membuatnya. :) - SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! ;)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.