Sooooo crunchy & yummy… Senang jer… Rase lebih kurang macam Famous Amos Cookies tu… Mesti cube…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Amos Cookies

Sooooo crunchy & yummy… Senang jer… Rase lebih kurang macam Famous Amos Cookies tu… Mesti cube…

BAHAN-BAHAN

  • 250g mentega
  • 280g tepung gandum
  • 10g serbuk koko
  • 150g gula kastor
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
  • 100g coklat cip
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  • Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kemudian kacau hingga rata.
  • Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
  • Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
  • Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN