air nanas daun pudina

Mari cuba buat resipi Air Nanas Daun Pudina yang menyegarkan tekak ini. Memang nikmat dapat minum sejuk-sejuk. 

Dalam bulan Ramadan, minuman yang menyegarkan adalah satu keperluan apabila berbuka puasa. Untuk memuaskan dahaga dan menyediakan tubuh dengan hidrasi yang mencukupi, air ini adalah pilihan yang tepat.

Baca juga: Air Kelapa Longan Gula Melaka, Sejuk Badan Dan Lega Tekak Dibuatnya!

Terinspirasi oleh resipi Hamdan Mubarak di platform TikTok, berikut adalah cara bancuhan yang mudah dan menyegarkan untuk disediakan.

RESIPI AIR NANAS DAUN PUDINA

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, potong buah nanas kepada kepingan kecil.

2. Kisar buah nanas bersama dengan 1 cawan air. Kemudian tapis menggunakan penapis santan. Tujuannya untuk menghilangkan buih nanas.

3. Dalam sebuah bekas, masukkan daun pudina dan tuangkan air nanas yang telah disaring tadi.

4. Tambahkan setengah botol Air Sprite dan campurkan irisan 4 biji limau nipis.

5. Akhir sekali, tambahkan ais apabila hampir waktu berbuka. Gaul rata untuk mencampurkan semua bahan.

Video penuh:

Minuman siap untuk dinikmati. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!

Baca juga: Air Limau Strawberi Berkrim, Segar Bila Lalu Dekat Tekak, Jom Cuba Buat!

Sumber: TikTok Hamdan Mubarak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN