resipi biskut dam

Mari cuba resipi Biskut Dam yang hanya guna 6 bahan. Biskut raya ini agak popular suatu ketika dahulu tau.

Ia dikenali dengan corak yang menyerupai struktur ‘dam’ apabila kepingan biskut putih dan coklat disusun secara bergantian. Corak yang cantik dan menarik ini memberikan kesan estetik yang unik kepada biskut tersebut.

Baca juga: Biskut Sampan Kuih Raya ‘Lejen’, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini

Selain dari coraknya yang menarik, biskut raya ini juga terkenal dengan rasa yang lazat. Campuran marjerin, gula, dan tepung gandum memberikan tekstur yang rangup dan sedap dimakan. Mari ikuti resipi dari perkongsian Saly Nata ini. 

RESIPI BISKUT DAM GUNA 6 BAHAN

resipi biskut dam

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

1. Kacau marjerin dan gula kastor sehingga sebati dan kembang.

2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.

3. Ayak tepung, kemudian masukkan ke dalam adunan mentega tadi. Uli sehingga sebati. Jika doh terlalu lembik, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga tidak melekat di tangan.

4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian kekal seperti asal, sementara satu lagi dicampur dengan serbuk koko. Uli sebati.

5. Canai doh satu persatu, kemudian potong menjadi kepingan lebih kurang 1 cm tebal dan lebar.

6. Susun kepingan doh secara bergantian putih dan coklat. Susun 3×3 untuk membentuk corak dam.

7. Potong doh menggunakan benang, kemudian susun di atas dulang.

8. Bakar biskut pada suhu 165°C selama 10 minit atau sehingga masak. Waktu memasak mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar.

resipi biskut dam

Selamat mencuba!

Sumber: Saly Nata

Baca juga: Resipi Almond London Matcha, Ini Tips Salutan Coklat Kekal Berkilat & Cepat Keras

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN