cara tanam pokok kari

Pokok daun kari merupakan salah satu tanaman herba yang biasanya ditanam di kawasan rumah dan juga dijadikan tanaman hiasan. Tetapi, jika tidak tahu cara tanam pokok kari yang betul, daunnya pasti akan sedikit dan tidak tumbuh merimbun.

Bagi mereka yang rajin memasak, daun kari ini memang wajib ada di rumah untuk digunakan sebagai rencah dalam masakan. Daun kari biasanya digunakan dalam masakan kari, kuih muih pedas dan sebagainya lagi.

Kalau pokok kari hidup segan mati tak mahu, serba salah mahu petik kerana risau akan habis daunnya. Oleh itu, mari kita ketahui tips supaya pokok kari segar merimbun dan daun besar-besar!

Baca juga: Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Dengan ‘Bahan Ini’ Untuk Hilangkan Bau

CARA TANAM POKOK KARI AGAR SEGAR BUGAR

Rahsia pokok kari rimbun:

1. Tabur serbuk beras seminggu sekali.

cara tanam pokok kari

2. Sembur neem oil seminggu sekali untuk mengelakkan serangga perosak.

3. Siram air basuhan beras setiap petang.

4. Boleh juga tabur kulit telur di sekeliling pokok daun kari.

5. Sembur air kisaran lada dan bawang putih (tapis) pada pokok untuk menghapuskan ulat yang memakan dan merosakkan pokok.

cara tanam pokok kari

Sumber: Facebook Yafeeq Feeq via Kebun Bnadar: Jom Tanam Sendiri

Baca juga: Keringkan, Simpan Dalam Botol. Daun Kari Tahan Lama Sampai Berbulan-Bulan! Bau Kekal Sama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN