juga diambil dari buku koleksi 101 resipi aidilfitri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Kek Berkastad ?

juga diambil dari buku koleksi 101 resipi aidilfitri

BAHAN-BAHAN

  • 130g mentega
  • 50g gula kastor
  • 2 biji telur
  • 100g tepung naik sendiri
  • 30g tepung kastad
  • BAHAN2 UNTUK KASTAD:
  • 11/2 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar gula
  • 160ml susu cair
  • 15g mentega
  • 2 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi hingga rata.
  • Kemudian, masukkan pula tepung naik sendiri dan tepung kastad. Kacau lagi sehingga sebati.
  • Tuangkan sebahagian daripada adunan kek ke dalam acuan yg telah siap disapukan dengan mentega.
  • Kemudian tuangkan pula kastad yang telah disejukkan.
  • Tambahkan pula baki adunan kek dan ratakan permukaan.
  • Bakar kek pada suhu sederhana selama 35 minit. Bila sudah masak, alihkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk sebelum menghiaskanya dengan gula aising.
  • UNTUK KASTAD:
  • Kacau tepung kastad, gula dan susu cair di dalam periuk. Kacau terus sehingga mendidih dan pekat.
  • Masukkan mentega dan esen vanilla. Tutup kemudian sejukkan pada suhu bilik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN