bubur som som

Bubur som som ini sangatlah sedap, rasanya seperti kuih lompat tikam. Cuma warnanya yang berbeza tapi secara keseluruhan boleh dikatakan seperti makan kuih lompat tikam.

Pencuci mulut yang lemak-lemak manis dan masin ini juga pasti akan digemari oleh sesiapa sahaja. Lebih nikmat jika dimakan sejuk-sejuk selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

Kuih ini juga sering menjadi pilihan ramai setiap kali tiba bulan Ramadan. Lazatnya tak terkata selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Jom cuba buat!

Baca juga: 7 Resipi Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang, Wangi Aromanya & Sedap-Sedap Belaka

RESEPI BUBUR SOM SOM

bubur som som

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1200ml santan sederhana pekat (400ml santan pekat dan baki campur air)
  • Garam
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan, kacau dan tapis adunan.
  2. Masukkan daun pandan dan kacau atas api sampai adunan meletup-letup.
  3. Kemudian, masukkan bubur som som ke dalam acuan atau bekas comel seperti di gambar.
  4. Biarkan ia sejuk.

Cara buat air gula bubur som som:

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama air dan juga garam.
  2. Masukkan juga daun pandan.
  3. Kemudian boleh rasa tahap kemanisan air gula yang disukai/
  4. Untuk pekatkan kuah gula, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air.
  5. Lepas nampak air gula mendidih kuat, masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan kacau laju-laju.

Kredit resipi dan gambar: Iskandar Muadz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan (BIKMM)

Baca juga: Jom Cuba Kuih Kaswi Keledek Ungu Pula, Lembut & Bergedik Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN