Sesuai untuk sape2 yg suka bread pudding dan sedap dimakan sejuk
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apple raisin bread pudding
Sesuai untuk sape2 yg suka bread pudding dan sedap dimakan sejuk
BAHAN-BAHAN
- [ Apple syrup ]
- 2 biji epal hijau (small size)
- 60g raisin
- 60g butter
- 30g gula perang
- 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
- [ Sos puding ]
- 3 biji telur gred A
- 125g gula halus
- 500ml susu segar
- sedikit esen vanila
- 1 bungkus roti sandwich
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan Apple Syrup: Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil lebih kurang 1cm.Kemudian masukkan epal dan semua bhn sirap yang lain ke dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Kemudian padamkan api. Biarkan sirap ni sejuk selama 15-20 minit.
- Sediakan sos: Masukkan telur,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gula semua larut. Kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.
- Sediakan puding: Sapukan loyang dengan sedikit butter. Potong roti kepada 4(sekeping roti bahagi 4)
- Aturkan kepingan roti ke dalam loyang. Kemudian letakkan sedikit apple syrup ke atas roti dan juga sosnya. Lepas tu letak pula roti di atasnya.Buatlah lapis-lapis sehingga abih. Akhir sekali dgn kepingan roti.
- Letakkan loyang tadi ke dlm dulang oven. Masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut. Bakar selama 30 minit dengan suhu 140 degree. Bila dah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
- * Nama apple syrup tu main hentam je.. tak keluar pula dlm paler ni nama yg lebih sesuai.. hentam sajelah labu.. eheheh
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.