resipi dapat dari internet..penyediaan yang mudah, makanan yang sihat dan seimbang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Dori Berpes Tomyam

resipi dapat dari internet..penyediaan yang mudah, makanan yang sihat dan seimbang

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping Ikan Dori atau Sutchi Filler. Boleh didapati di bahagian sejuk beku supermarket (Carrefour, Jusco, Giant..)
  • 1 sudu makan Pes Tomyam (saya guna pes tomyam Cosway)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sayur bendi atau tomato (terpulang pada citarasa)
  • aluminium foil
CARA PENYEDIAAN
  • Nyahbekukan ikan dori atau sutchi
  • Campurkan pes tomyam dan sos tiram. Tidak perlu bancuh dengan air. Sukatan sos agak2 asalkan boleh menutup semua permukaan ikan.
  • Letakkan kepingan dori/sutchi di atas helaian aluminium (aluminium foil). Keluasan aluminium foil pun agak2 boleh membalut kepingan dori/sutchi.
  • sapukan sos ke seluruh permukaan ikan.
  • letakkan sayur pilihan di atas ikan.
  • balutkan ikan dengan aluminium foil. bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN