Bubur Ayam Guna

Menariknya, idea yang dikongsi buat bubur ayam guna lebihan nasi putih kenduri agak menarik untuk dicuba dan dapatlah disedekahkan kepada jemaah masjid. 

Cara ini tidak hanya mengurangkan pembaziran, tetapi juga menunjukkan kreativiti serta hasilnya pasti sedap. Berikut adalah sukatan resipi untuk membuat bubur ayam menggunakan 1 termos besar nasi menerusi perkongsian dari Nurul Afidah Omar.

Baca juga: Daging Masak Hitam Ala-Ala Kenduri, Banyak Kali Panas Lagi Sedap!

RESIPI BUBUR AYAM GUNA LEBIHAN NASI KENDURI

Semalam kenduri rumah mak saudara, nasi banyak lebih. Sayangnya lahai. Tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur. Boleh sedekah pada orang masjid. Hari ini mesti ramai ke masjid sebab solat Jumaat. Alhamdullillah dapat siapkan. Bubur Ayam Mekdah.

Bubur Ayam Guna

Bahan-bahan:

  • 1 termos besar (lebihan nasi kenduri)
  • Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-agak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
  • 10 batang lobak merah – potong dadu
  • 10 kiub ayam
  • Garam – agak-agak secukup rasa
  • Daun sup
  • Cili besar merah
  • Bawang goreng
  • Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan
  • 10 labu bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • Halia besar ibu jari dihiris halus

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan nasi dan air sehingga kembang.

2. Masukkan kiub ayam, garam, daging ayam yang dipotong kecil, bawang, dan halia.

3. Selepas dua jam, tutup api dan biarkan dalam periuk yang ditutup untuk beberapa ketika.

4. Apabila sudah agak suam-suam, hidupkan semula api dan teruskan mendidih.

5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah.

6. Selepas satu jam, tutup api.

7. Sediakan dalam bekas, taburkan daun sup, cili besar, dan bawang goreng. Sudah siap untuk dimakan.

8. Semasa memasak, sentiasa rasa masakan. Jika tidak cukup masin, tambahkan garam atau kiub ayam mengikut selera masing-masing.

Bubur Ayam Guna

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Nurul Afidah Omar

Baca juga: Tip Rebus Beratus Telur Untuk Kenduri, Tambah SATU Barang Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN