Jika ada hari anda tidak keluar ke mana-mana, cubalah untuk membuat kuih ‘lejen’ ini, Kuih Seri Muka Pandan. Ia memang lazat dan tidak pernah membuatkan kita bosan.
Kalau anda jemu nak buat kuih ini menggunakan loyang, anda boleh membuatnya dalam bekas plastik yang comel-comel dan tahan panas. Memang lebih mudah untuk disimpan dalam peti sejuk.
Baca juga: Kuih Bingka Labu Guna Sukatan Cawan, Tekstur Lembut Bergedik Kejadiannya
Apabila nak makan, boleh keluarkan satu bekas. Malah, nak berkongsi dengan jiran tetangga pun mudah. Jadi mari kita ikuti resipi perkongsian Noora Sultan ini.
RESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN
Bahan-bahan bahagian bawah:
- 3 cawan pulut
- 2 cawan santan
- Secubit garam
Bahan-bahan bahagian atas:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan) bersama setitis dua pewarna hijau epal.
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 biji telur
- Secubit garam
Cara-cara penyediaan:
Bahagian bawah:
- Cuci pulut dan toskan. Kemudian, masukkan santan dan garam kukus dalam talam selama 25 minit.
- Kemudian, angkat dan mampatkan bagi ia padat.
Bahagian atas:
- Masukkan semua bahan, kisar hingga adunan halus. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.
- Kukus ia kira-kira dalam 30 minit, siap, dan boleh guna cawan apa-apa jenis, asalkan sukatan guna cawan yang sama.
- Noora kukus pulut berasingan kemudian baru letak ke dalam bekas plastik kecil dan tekan-tekan bagi ia padat.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Noora Sultan
Baca juga: Tip Buat Kuih Ketayap Lebih SEDAP, Rongga-Rongga Kuih Itu Yang Main Peranan