rahsia makan bawang

Rupa-rupanya, ada rahsia makan bawang mentah yang ramai tidak tahu dan ia bagus untuk kesihatan dalaman dan awet muda. 

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa bawang merah mempunyai pelbagai khasiat terutama dalam menjaga kesihatan. Bawang merah telah lama digunakan dalam pelbagai rawatan penyakit termasuk dalam perubatan tradisional.

Hampir semua jenis masakan di Malaysia menggunakan bawang merah. Namun, ramai yang tidak mengetahui akan manfaat kesihatan yang terkandung dalam bawang merah.

Baca juga: Khasiat Teh Hitam Yang Ramai Tak Tahu, Dapat Turunkan Berat Badan

Berikut adalah beberapa rahdia dan kebaikan yang boleh diperolehi jika makan bawang merah secara mentah setiap hari. 

RAHSIA MAKAN BAWANG MENTAH YANG RAMAI TAK TAHU

rahsia makan bawang mentah

Gambar sekadar hiasan.

1. Anti-penuaan dan meremajakan kulit

Bawang merah mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dan merangsang penghasilan antioksidan dalam badan. Ini membantu melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit lebih muda.

2. Menguatkan sistem imun

Kaya dengan vitamin C, bawang merah membantu melawan radikal bebas dan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, dan kanser. Kandungan quercetin dan antosianin di dalamnya turut membantu melawan sel kanser dan meningkatkan sistem imun.

3. Membantu penghadaman

Serat dalam bawang merah membantu melancarkan sistem penghadaman, membersihkan usus, dan mencegah sembelit. Ia juga mengandungi saponin yang mengurangkan sakit perut dan kekejangan.

4. Meningkatkan hemoglobin

Kandungan zat besi dalam bawang merah membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah, sesuai untuk penghidap anemia.

5. Kawal kadar glukosa

Mineral kromium dalam bawang merah membantu mengawal kadar gula dalam darah, berguna bagi pesakit diabetes. Kandungan sulfur merangsang penghasilan insulin, membantu mereka yang mengalami kencing manis.

6. Mencegah keradangan

Kandungan quercetin dapat meredakan radang, manakala sulfur membantu mengurangkan hidung tersumbat dan sakit kepala.

7. Meningkatkan kesihatan jantung

Flavonoid dan organosulfur dalam bawang merah membantu fungsi jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta strok.

Bawang merah bukan sekadar bahan masakan saja, tetapi juga merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Semoga bermanfaat.

Sumber: BBC Good Food

Baca juga: Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN