ikan tongkol

Ternyata, ada beza ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih. Seperti yang anda tahu, ikan tongkol dikenali dengan masakan gulai nasi dagang dan singgang. Di negeri-negeri Pantai Timur, ikan tongkol merupakan pilihan utama untuk hidangan ikan.

Ia juga dikenali sebagai ikan aya, dan isinya memang sedap. Namun, yang sering mengelirukan pembeli adalah perbezaan antara jenis ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih.

Baca juga: 5 Cara Masak Ikan Kukus, Chef Bintang Michelin Ini Kongsi Tips

Kedua-duanya nampak hampir sama sekiranya dilihat secara kasar, jadi kadang-kadang sukar untuk membezakan. Tetapi sebenarnya, terdapat beberapa perbezaan antara ikan tongkol hitam dan putih.

CARA NAK BEZA IKAN TONGKOL HITAM VS TONGKOL PUTIH

Ikan Tongkol Hitam

beza ikan tongkol

  • Warna kulit: Kulit ikan tongkol hitam lebih gelap daripada ikan tongkol putih.
  • Panjang sirip: Sirip ikan tongkol hitam lebih panjang.
  • Jalur di badan: Pada badan ikan tongkol hitam, tiada jalur, hanya bintik-bintik hitam halus.
  • Rasa isi: Isi ikan tongkol hitam lebih lembut dan sedap.
  • Harga: Biasanya, ikan tongkol hitam lebih mahal daripada ikan tongkol putih.

Ikan Tongkol Putih

beza ikan tongkol

  • Warna kulit: Kulit ikan tongkol putih lebih cerah.
  • Panjang sirip: Sirip ikan tongkol putih agak pendek.
  • Jalur di badan: Pada badan ikan tongkol putih, terdapat jalur yang jelas.
  • Rasa isi: Isi ikan tongkol putih lebih liat dan keras berbanding ikan tongkol hitam.
  • Harga: Harga ikan tongkol putih biasanya lebih murah.

Bagi kebanyakan orang tua-tua, mereka mengenal pasti ikan tongkol hitam atau putih hanya dengan melihat panjang siripnya. Ikan tongkol hitam lebih panjang dan dikenali kerana isi yang lebih lembut.

Ikan tongkol hitam bukan sahaja enak rasanya, tetapi juga mengandungi pelbagai nutrien penting seperti omega-3, zat besi, vitamin B, dan protein tinggi. Ia juga rendah kalori dan baik untuk kesihatan jantung.

Walau bagaimanapun, ikan tongkol putih juga sesuai untuk beberapa jenis masakan, terutamanya yang memerlukan isi yang lebih keras. Harganya juga lebih berpatutan di pasaran. 

Semoga bermanfaat. 

Sumber: Mastura Khalid

Baca juga: Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN