Masakan Arab,resipi pemberian teman yg pernah tinggal lama di Jordan.Sesuai di makan dgn roti dan dihidang bila2 masa saje.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Bokhara – Mutton Baked Beans™

Masakan Arab,resipi pemberian teman yg pernah tinggal lama di Jordan.Sesuai di makan dgn roti dan dihidang bila2 masa saje.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging kambing – di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 tin besar Baked Beans in tomato sauce
  • 10 tangkai cili kering * (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1/2 jari halia *
  • minyak sapi secukupnya
  • beberapa keping telur mata lembu
  • roti putih atau roti perancis
  • garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan2 bertanda* hingga halus.
  • Di dlm kuali, panaskan 3 sb minyak sapi dan goreng daging hingga empuk.Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan lagi secukup minyak sapi dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.Masukkan daging goreng tadi dan gaul rata.
  • Masukkan Baked Beans dgn sosnye sekali dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Kacau supaya sebati dan masak lagi 10-15 min di atas api yg kecil.Kacau sekali2,supaya dasarnya tk hangit.
  • Hidangkan Bokhara dgn telur mata lembu dan sedap dimakan dgn roti.
  • Bagi yg tidak sesuai dgn minyak sapi dan daging kambing,boleh gantikan dgn minyak masak dan daging lembu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN