Kek paling mudah untuk dibuat, sukatan pakai cawan je, bahan2 pun memang biasanya ada kat rumah
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek marble mudah
Kek paling mudah untuk dibuat, sukatan pakai cawan je, bahan2 pun memang biasanya ada kat rumah
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan mentega/margerin
- 2 biji telur
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung (nk pakai tepung biasa blh, self raising blh atau tpg biasa tambah bp pun blh)
- pewarna dan perasa ikut suka
CARA PENYEDIAAN
- putar mentega bersama gula sampai kembang
- kemudian masukkan telur satu persatu
- lepas tu bolehlah masukkan tepung
- bahagikan adunan kepada 3 bekas. Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari. Cth: kaler oren, perisa oren.Kalau xnak letak perasa, letak esen vanilla pun boleh aje.
- Lengserkan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang. cthnya : mula2 letak sesudu kaler oren, pastu letak sesudu kaler coklat diatas kaler oren tadi, lapis mcm tu je. Hasilnya akan jadi mcm kek saya di atas. x perlu kacau pakai lidi. just letak sesudu demi sesudu kedalam loyang hingga habis.
- kemudian blh dibakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit. pepandai le tgk kek tu dh masak blm…cucuk kalau x melekat tu masak lerr
- selamat mencuba dan merasa. buat kek ni kejap je..simple dan sedap..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.