Ikan bakar merupakan salah satu menu yang digemari ramai. Tetapi bukan mudah untuk membakar sendiri ikan di rumah kerana jika salah cara, ikan tidak akan masak dengan sekata.
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan beberapa tips untuk memastikan ikan bakar masak secara merata.
Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ikan Dengan Betul & Selamat, Elak Keracunan Makanan!
TIP IKAN BAKAR MASAK DENGAN SEKATA
1) Guna ikan yang segar
Penting untuk memilih ikan yang segar kerana ikan yang tidak segar boleh menghasilkan bau kurang sedap dan akhirnya akan menjejaskan kualitinya bila dibakar. Pastikan pilih jenis ikan yang masih segar supaya dagingnya kekal berkualiti selepas dibakar.
2) Masa membakar ikan
Masa membakar ikan yang disyorkan adalah 10 hingga 15 minit. Jika memasak ikan melebihi 15 minit dengan api arang yang panas, ikan akan menjadi hangus. Semasa proses membakar juga, sebaiknya balik-balikkan ikan supaya masak dengan sekata.
3) Sapukan rempah apabila ikan separuh masak
Setelah ikan separuh masak, baru sapukan rempah yang telah disediakan. Kemudian, sambung memanggang sehingga ikan masak. Untuk menghilangkan bau ikan, perahkan air limau nipis semasa ikan sedang dibakar.
4) Rehatkan ikan selepas dibakar
Tip seterusnya adalah dengan merehatkan ikan yang sudah masak. Letakkan ikan yang sudah masak di atas pinggan, kemudian biarkan sebentar supaya semua rempah dapat meresap. Setelah beberapa seketika, ikan bakar sedia untuk dihidangkan dan dinikmati.
5) Guna arang yang berkualiti
Pastikan memilih arang yang berkualiti untuk membakar ikan. Arang tersebut akan mempercepatkan lagi proses memasak. Dengan hanya 10 hingga 15 minit, ikan akan masak dengan sekata.
Sumber: Omela
Baca juga: Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka