Ingin cuba buat Bubur Lambuk sendiri di rumah? Cuba resipi mudah ini!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Lambuk Daging Utara

Ingin cuba buat Bubur Lambuk sendiri di rumah? Cuba resipi mudah ini!

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 200g udang kering (dikisar)
  • Campuran rempah ratus: bunga lawang, kulit kayu manis, dan lada hitam 
  • 250g daging (dipotong dadu)
  • 2 cawan beras 
  • 1 pek sup bunjut 
  • 1 helai daun pandan 
  • 1 sudu kecil halba 
  • 1 sudu kecil garam 
  • ½ cawan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL
  • Daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng 
  • Air
  • Garam
  • Minyak
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumis udang kering, bawang merah, dan bawang putih yang dikisar. 
    2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, dan lada hitam. Teruskan menumis. 
    3. Masukkan daging dan kacau sehingga menjadi perang. 
    4. Masukkan air, diikuti dengan beras yang telah dibasuh. 
    5. Sebagai penambah perisa, masukkan daun pandan, sup bunjut, halba, dan garam. 
    6. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. 
    7. Masukkan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dan kacau sehingga mendidih.
    8. Hidang bersama daun sup dan bawang goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN