Sedang cari birthday cake yang lain dari yang lain? Kek Nasi Lemak kan ada!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Nasi Lemak

Sedang cari birthday cake yang lain dari yang lain? Kek Nasi Lemak kan ada!

BAHAN-BAHAN

    Nasi lemak: 
  • 3 cawan beras (dibasuh)
  • 3 cawan santan pekat 
  • 1 cawan air 
  • Halia (dihiris) 
  • 2 helai daun pandan 
  • Garam 
  • Sambal: 
  • 3 sudu besar bawang merah kisar 
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar 
  • 8 sudu besar cili giling 
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu besar gula Melaka 
  • 1 inci belacan bakar 
  • 2 sudu besar air asam jawa 
  • Garam
  • Minyak 

    Topping:

  • Telur rebus 
  • Timun 
  • Ikan bilis 
  • Kacang 
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaul semua bahan-bahan nasi lemak dan rendam selama 20 minit. 
    2. Masak menggunakan rice cooker. 
    3. Pindahkan nasi ke dalam springform pan dan tekan sehingga padat dan rata. 
    4. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
    5. Masukkan cili giling dan tumis. 
    6. Masukkan gula Melaka, belacan bakar, air asam jawa, dan air. Masak hingga pekat.
    7.  Masukkan garam dan tutup api. 
    8. Tuang sambal ke atas nasi dan ratakan. 
    9. Hiasi kek dengan telur rebus, hirisan timun, ikan bilis dan kacang. 
    10. Hidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN