Untuk yang gemar makan Ginger Beef Kuey Teow, lepas ni boleh buat sendiri je di rumah!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ginger Beef Kuey Teow

Untuk yang gemar makan Ginger Beef Kuey Teow, lepas ni boleh buat sendiri je di rumah!

BAHAN-BAHAN

    Kuey teow:
  • 1 peket kuey teow
  • 2 sudu besar kicap masin Life 
  • 1 sudu besar minyak bijan Life 
  • Kuah ginger beef: 
  • 300g daging 
  • Tepung jagung 
  • 1 sudu besar bawang putih (dicincang)
  • 8 keping halia (dihiris) 
  • 2 sudu besar sos tiram Life 
  • 2 sudu besar kicap masin Life 
  • 1 cawan stok daging 
  • 10 biji cendawan 
  • Daun bawang 
  • 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaul hirisan daging dengan 1 sudu besar tepung jagung. 
    2. Gaul kuey teow dengan kicap masin dan minyak bijan. 
    3. Goreng kuey teow tanpa minyak selama 5 minit, dan alihkan. 
    4. Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih. 
    5. Masukkan daging dan goreng sehingga garing. 
    6. Masukkan sos tiram, kicap dan stok daging. Masak sehingga mendidih. 
    7. Masukkan cendawan dan daun bawang; kacau. 
    8. Masukkan 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air); masak sehingga pekat. 
    9. Masukkan telur dan hanya mula kacau apabila telur sudah masak. 
    10. Hidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN