aiskrim mangga

Tengah musim buah mangga ni, sedap juga kalau dapat buat Aiskrim Mangga dekat rumah. Anak-anak pun mesti suka bila mak-mak nak buatkan sendiri di rumah.

Sebut tentang buah mangga, memang nikmat dapat makan yang sudah masak berwarna kuning. Fuhh, dengan manisnya, bila makan dalam keadaan sejuk memang sedap tekak dibuatnya.

Baca juga: Aiskrim Coconut Shake Cara SIMPLE, Tak Guna Pengisar Dan Ais Pun!

Namun, buah mangga ini juga sesuai digunakan sebagai hidangan pencuci mulut. Resipi aiskrim mangga buatan sendiri oleh Dihah Din ini mudah sahaja untuk disediakan.

RESIPI AISKRIM MANGGA HOMEMADE

aiskrim mangga

Bahan-bahan:

  • 2 cawan Whipping Cream
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 2 biji buah mangga – kisar jadi pes
  • 1 biji mangga – potong kiub untuk hiasan (optional)

Cara-cara membuat aiskrim:

1. Pukul whipping cream dengan menggunakan mixer sehingga ia kembang dengan baik dan gebu.

2. Setelah kembang dengan baik, masukkan susu manis… Teruskan memutar pada kelajuan sederhana.

3. Campurkan Puri Manga yang telah diblend sebelum ini, kemudian teruskan memutar.

4. Setelah selesai, tuangkan ke dalam bekas dan hias dengan cantik menggunakan potongan kiub mango di atas aiskrim.

5. Bekukan selama 6 jam, dan ia sudah siap untuk dimakan.

aiskrim mangga

Selamat mencuba.

Sumber: Dihah Din

Baca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN