ikan keli bakar

Ada pelbagai resepi ikan keli yang boleh dicuba. Selain ikan keli goreng, ikan keli berlada, atau ikan keli masak lemak, anda juga boleh mencuba ikan keli bakar.

Jika menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Zulhaizan di bawah, ikan keli bakar boleh dimasak menggunakan air fryer saja.

Bukan itu saja, resipi ini juga cukup ringkas kerana tidak menggunakan bahan yang rumit untuk dilumur pada ikan. Hanya memerlukan 2 pes segera yang mudah didapati di mana-mana pasar raya.

Baca juga: 5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer

RESEPI IKAN KELI BAKAR GUNA PERENCAH NASI GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan keli
  • Pes sambal tumis maggi
  • Perencah nasi goreng
  • Gula
  • Perasa

Cara memasak:

1. Cuci ikan keli sehingga bersih. Kemudian kelar-kelarkan ikan tersebut.

2. Lumurkan ikan dengan pes sambal tumis maggi dan juga perencah nasi goreng. Letakkan juga sedikit gula dan perasa jika suka. Lumur pada ikan keli sehingga rata.

3. Bakar ikan menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 20 minit. Selepas tempoh itu, terbalikkan ikan dan sambung bakar selama 20 minit supaya ikan masak dengan sekata pada kedua-dua belah.

4. Kalau tak suka garing boleh kurangkan suhu dan masak. Bergantung pada jenis air fryer dan kuantiti masakan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Zulhaizan

Baca juga: Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN