buah potong

Ada orang gemar mengupas dan potong buah dengan lebih awal agar mudah untuk dimakan pada bila-bila masa. Namun begitu, selepas beberapa jam buah tersebut akan menjadi hitam serta berubah warna dan tekstur.

Oleh itu, mari MyResipi kongsikan beberapa tips agar buah yang sudah dikupas kekal segar walaupun sudah berhari-hari. Bukan itu saja, rasa buah juga tidak berubah sama sekali. Berikut merupakan 5 tips yang anda boleh praktikkan di rumah.

Baca juga: Tip Simpan Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Sebulan Dua Tetap Segar

TIPS BUAH POTONG KEKAL SEGAR & TAK JADI HITAM

1) Rendam air sejuk

Sekiranya mahu menyimpan buah yang sudah siap dikupas dan dipotong di dalam peti sejuk, rendam di dalam air sejuk (air yang disimpan di dalam peti sejuk).

Kemudian, baru simpan buah tersebut ke dalam peti sejuk. Cara ini akan membuatkan potongan buah kekal segar dan tidak menjadi hitam.

Rendaman air sejuk itu dikatakan dapat mempertahankan enzim yang terdapat dalam buah. Rasa juga tidak berubah.

2) Rendam air garam

Cara kedua ini hampir sama dengan cara yang pertama tadi. Yang membezakan kedua-dua cara ini adalah buah direndam di dalam air garam, bukannya air sejuk.

Rendam buah di dalam air garam selama 4-5 minit. Kemudian basuh buah tersebut.

Setelah itu, simpan buah di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti. Buah boleh bertahan selama 2-3 jam.

3) Guna tisu dapur

Selain dari 2 cara di atas, boleh juga menggunakan tisu dapur. Caranya adalah dengan membalut buah-buahan menggunakan tisu dapur. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk.

Tisur dapur dapat menyerap kelembapan. Manakala bekas kedap udara pula boleh mencegah buah dari membusuk.

4) Guna plastik wrap

Penggunakan plastik wrap juga boleh mengekalkan kesegaran buah yang sudah dikupas dan dipotong.

Caranya adalah dengan meletakkan buah di dalam bekas terbuka, kemudan tutup rapat bahagian atas menggunakan plastik wrap.

5) Simpan di dalam peti sejuk beku (freezer)

Cara ini mungkin ramai yang sudah sering buat. Simpan buah yang sudah dikupas dan diptong di dalam bekas yang tertutup rapat. Kemudian masukkan ke dalam freezer.

Sebaiknya suhu freezer yang elok untuk menyimpan buah adalah antara 3 hingga 7 darjah celcius.

Dengan menggunakan cara-cara di atas, buah yang sudah dikupas dan diptong akan kekal segar, tidak berubah warna dan juga tidak berubah rasa. Semoga bermanfaat!

Sumber: Pink Apple Channel

Baca juga: Tips Pilih Kerang Segar & Tak Berbau, Baru Tak Potong ‘Mood’ Bila Nak Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN