kuih ketayap

Petang-petang ini memang sedap kalau dapat buat resipi Kuih Ketayap. Kuih ini juga dikenal sebagai “kuih gulung” atau “kuih dadar gulung” dalam beberapa daerah.

Kuih ketayap biasanya terdiri dari lapisan kulit yang dibuat dari campuran tepung beras, kelapa parut, gula kelapa, dan santan (susu kelapa). Adunan tersebut kemudian diisi dengan inti kelapa gula merah. 

Baca juga: Top 5 Ranking Dunia Oleh Taste Atlas, Ini Resipi Kuih Karipap Yang Boleh Cuba

Kuih ini biasanya disajikan sebagai kudapan atau pencuci mulut dalam acara-acara khusus, seperti perayaan tradisional, festival, atau kenduri. Rasa manis dan aroma kelapa parut membuatnya menjadi hidangan yang popular di kalangan masyarakat.

RESIPI KUIH KETAYAP CARA SIMPLE

kuih ketayap

Bahan-bahan kulit:

  • 2 ½ cawan santan (daripada ½ biji kelapa, ambil separuh)
  • 1/2 cawan air pandan
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • ½ sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan kecuali minyak masak, pewarna dan garam.

2. Tapis.

3. Masukkan minyak masak dan pewarna,secubit garam.Kacau sebati.

Bahan-bahan inti:

  • 1 biji kelapa putih
  • 3/4 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit tepung gandum

Cara membuat inti:

1. Air,daun pandan,gula merah,gula pasir dimasak hingga gula larut.

2. Masukkan kelapa.Kacau dan dimasak hingga hampir kering.

3. Taburkan sedikit tepung gandum.

4. Kacau-kacau, siap.

Cara masak kulit ketayap:

1. Panaskan kuali.

2. Oles minyak masak.

3. Adunan dikacau dulu. Ambil sesenduk. Tuang atas kuali.Dadarkan adunan tu.

4. Tepi keliling dah lekang, angkat.Buat sehingga adunan habis.

5. Mula letak inti dan gulung.

Selamat mencuba.

Sumber: Samsiah Hj Mat Ali

Baca juga: Kuih Apam Susu Gebu Gebas Lembut Montok, Tinggal Kisar Bahan Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN