Masakan harian keluarga, enak dimakan dgn nasi panas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kari Ikan Kering™

Masakan harian keluarga, enak dimakan dgn nasi panas.

BAHAN-BAHAN

  • 250 g ikan kurau kering bhgn tulang dan isi – di rendam
  • 10 tangkai cili kering *
  • 1 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • segenggam ikan bilis – dicuci
  • 3 lembar daun kari
  • 4 sb serbuk kari ikan dibancuh dgn sedikit air menjadi pes
  • 3 biji kentang – potong 4
  • 1 btg lobak merah – potong ikut suka
  • 8 kcg panjang – kerat 2 inci panjang
  • 1 biji terung – belah 2 dan potong serong
  • 3 biji tomato – belah 4
  • 2 tangkai lada hijau – belah 2
  • 1/2 biji bwg besar,3 ulas bwg putih – dihiris
  • 2 sb kerisik
  • garam,gula,perasa secukup rasa
  • 1/2 cwn air asam
  • minyak utk menumis
  • Air secukupnya
  • 10 biji telur rebus – digoreng hingga berkulit dan kelar2 sedikit
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar halus bahan bertanda*
  • Panaskan minyak secukupnya dlm periuk dan tumis bahan hiris,daun kari dan ikan bilis hingga layu dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga garing.Tambah sedikit air supaya tk hangit.
  • Masukkan pula ikan kering, perasa,air asam,kerisik dan kacau hingga rata dan masukkan pula sayur2an bermula dgn yg keras dulu,tambah air secukupnya utk buat kuah dan masak mendidih.
  • Akhir sekali masukkan telur rebus dan tomato dan kacau sekali dua dan renihkan 10-15 min.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN