seperti tart nenas biase cume menggunakan keju di dlm dohnye…atas permintaan Aemyusz…sahabat di MYR dan pada penggemar keju…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Tart Keju Nenas / Tat Nenas™

seperti tart nenas biase cume menggunakan keju di dlm dohnye…atas permintaan Aemyusz…sahabat di MYR dan pada penggemar keju…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 doh tart:-
  • 450 g mentega – lembut
  • 3 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 100 g gula halus (saya guna gula icing)
  • 100 g keju (KRAFT) – diparut dan dilecek
  • 1 kg tepung gandum – ayak
  • Bahan2 inti :-
  • 2 biji nenas – diparut
  • 450 g gula pasir
  • 1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih – (jika suka)
  • 2 sb mentega/majerin
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat.Masukkan mentega/majerin dan kacau sebati. Matikan api dan sejukkan.
  • Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.
  • Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.
  • Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.
  • Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN