Resepi asal kek prun dari Liza hanim, saya edit jadi kek kurma..sedap ,,,
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek kurma/prun
Resepi asal kek prun dari Liza hanim, saya edit jadi kek kurma..sedap ,,,
BAHAN-BAHAN
- 200gm buah prun / kurma – dibuang biji
- 100gm kismis – kalau x isi pon takpe
- 175gm tepung gandum – diayak
- 150gm butter / marjerin
- 125gm gula halus – diayak
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil baking powder – diayak
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat – diayak
- 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
- Buah kismis dan prun/kurma di kukus terlebih dahulu bersama 1/2 cawan air sehingga lembut. Lenyekkan Ketepikan.
- Pukul butter/merjerin dan gula sehingga kembang.
- Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
- Masukkan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan buah-buahan yg dikukus tadi dan kacau lagi.
- Selepas itu masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama serbuk penaik & soda bikarbonat.
- Kacau sehingga adunan mesra gitu,,kemudian boleh lah dimasukkan ke dalam loyang yg telah dilenserkan butter.
- Bakar pada suhu 180.cc selama 45 minit atau sehingga kek masak..sejukkan dan hiaslah ikut suke…
- Selamat mencube………
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.