Kalian pernah cuba tak resepi ikan masak cuka? Rugi kalau siapa tak pernah merasa sebab menu ini tersangatlah sedap! Cara memasaknya juga cukup simple.
Masakan ini juga sedikit unik kerana ada rasa masam dari cuka. Oleh itu, anda kena pandai seimbangkan rasa masam, masin dan masam supaya kuahnya menjadi lazat.
Kalau ada yang mahu cuba memasaknya, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah di bawah.
Baca juga: Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Resipi Ringkas Tapi Sedap Merecik!
RESEPI IKAN MASAK CUKA SEDAP
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 kg potongan ikan merah
- 3-4 sudu besar cuka masakan
- 10 batang cili padi merah (jangan titik)
- ½ biji timun dipotong
- 1 biji tomato (dibelah 6)
- 1 sudu besar biji sawi
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 2 cm halia (dihiris)
- 1 batang serai (dititik)
- ½ sudu kecil garam
- 400-500ml air
- 1 sudu serbuk perasa Knorr atau maggi
- ¼ sudu kecil serbuk kunyit
Cara memasak:
1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam. Kemudian bilaskan dan lumurkan pula dengan garam dan kunyit untuk mengoreng ikan. Goreng ikan sehingga garing dan masak, kemudian angkat dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi dan biarkan biji sawi meletup-letup sebentar.
3. Masukkan halia, bawang putih dan serai. Masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.
4. Seterusnya, masukkan bawang merah dan cili padi merah.
5. Masukkan pula cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa sehingga mencapai rasa yang disukai.
6. Akhir sekali, boleh letakkan ikan, timun dan tomato. Biarkan ianya masak seketika dan boleh padamkan api.
7. Sedia untuk dihidangkan dan dimakan bersama nasi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah
Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Masak Kicap, Bau Memang Terangkat Sebab Letak 2 Bahan Ini