Mari cuba resipi Punten yang semakin viral ini. Ia adalah sebuah hidangan yang telah menjadi kegemaran dalam kalangan masyarakat keturunan Jawa, khususnya di kawasan Sabak Bernam. Lauk ini turut mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu.
Meskipun sajian ini mirip dengan nasi impit, Punten memiliki citarasa yang unik kerana nasi dimasak bersama santan dan garam, memberikan sentuhan lemak lebih sedap.
Baca juga: Pari Masak Lemak Cekur, Penuh Rasa Berlemak Pedas Masakan Jawa Ini
Juadah ini biasanya dinikmati pada waktu pagi dan petang, disajikan dengan sambal cili padi dan bawang. Jika anda berminat untuk mencuba, saudari Rozza Roha telah berkongsi resipi Punten.
RESIPI PUNTEN MAKANAN JAWA VIRAL
Bahan-bahan buat punten:
- 1 pot beras – cuci bersih
- 2 pot air
- 1 pot santan cair (1/2 santan, 1/2 air – campurkan jd 1 pot)
- Sehelai daun pandan
- Sedikit garam
Nisbah beras 1 pot: 3 pot air+ santan.
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh beras kemudian masukkan air, santan dan garam. Kacau seketika.
2. Masak nasi hingga kering kemudian tanak (biar keep warm) nasi punten selama lebih kurang 1-2 jam. ( boleh juga bila nasi masak, kacau rata kemudian terus ditumbuk ketika masih panas)
3. Kemudian tumbuk nasi tersebut ketika masih panas dan bolehlah dicetak bentuk lonjong menggunakan senduk.
Bahan-bahan sambal ijo:
- Cili padi 15 biji
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Ikan bilis 1 genggam – rendam dulu, basuh. Separuh tumbuk, separuh goreng garing.
- Garam
- Ajinomoto (MSG)
- Asam keping
- Minyak, menumis
Cara membuat sambal ijo:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
2. Masukkan cili dan belacan. Tumis hingga garing.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak hingga pekat.
4. Tambahkan gula, garam, ajinomoto secukup rasa. Masak hingga betul-betul pekat.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama Punten.
Selamat mencuba.
Sumber: Rozza Roha
Baca juga: Ikan Masak Asam Jawa Cara SIMPLE, Nikmat Hirup Kuah Masam Pedas