Saja nk share kat sini, sbb dh survey kat MYR ni, takde resepi Tau Hu Far lagi (kalau tak silap la..)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tau Hu Far

Saja nk share kat sini, sbb dh survey kat MYR ni, takde resepi Tau Hu Far lagi (kalau tak silap la..)

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm kacang soya -rendam semalaman
  • 12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 200ml
  • 1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
  • 2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
  • 1/2 gelas air suam
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
  • Sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
  • Air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
  • Sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
  • Sediakan bekas kedap udara(tupperware)
  • Tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
  • kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
  • Cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
  • Hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN