Teh masala yang berasal dari India ini cukup terkenal kerana ramuannya yang unik. Teh ini dibancuh dengan beraneka rempah yang mempunyai banyak khasiatnya tersendiri.
Bagi yang belum pernah merasa teh masala ini, apa kata jom cuba sendiri buat di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.
Baca juga: Buat Sendiri Buttercream Latte Ala Kedai Kopi, Hari-Hari Boleh Minum!
CARA BUAT TEH MASALA YANG PADU
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 liter air
- 7 uncang teh
- 5 biji bunga cengkih kecil
- 3 biji buah pelaga
- Secubit jintan manis
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 inci halia diketuk
- 5 sudu besar susu pekat atau ikut manis disukai
- 1 cawan susu kotak
- 2 sudu besar susu tepung
Cara-cara:
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan uncang teh setelah air mendidih dan masukkan juga semua bahan rempah serta halia.
2. Dalam 1 bekas, satukan susu kotak, susu pekat dan susu tepung lalu kacau hingga semua larut.
3. Tuang susu yang dibancuh tadi ke dalam periuk teh. Kacau sebati, siap dan sedia dihidang.
4. Jika suka warna pekat boleh lebihkan teh dan susu pekat. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Baca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!