Pencuci mulut yg sesuai dibuat ketika ada keramaian.Juga enak dinikmati ketika cuaca panas…. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Ice Jelly Cocktail™

Pencuci mulut yg sesuai dibuat ketika ada keramaian.Juga enak dinikmati ketika cuaca panas…. :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 pkt agar2 serbuk
  • 500 g gula pasir (akak campur sebahagian gula perang)
  • 3.75 ltr air
  • 1 cwn daun cincau – contoh di… http://www.myresipi.com/top/glossary/218
  • 1 tin fruit cocktail
  • beberapa biji limau nipis atau limau kasturi
  • 2-3 helai daun pandan – disimpul
  • Ketulan air batu
CARA PENYEDIAAN
  • Dlm sebuah periuk, masukkan air, agar2, gula, daun cincau dan daun pandan, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  • Matikan api dan tapiskan ke dlm sebuah mangkuk besar dan sejukkan. Biar betul2 sejuk baru boleh disimpan dlm peti sejuk.
  • Semasa menghidang, ambil beberapa senduk jelly dan letakkan ke dlm mangkuk kecil.Hias di atasnya dgn 2-3 sudu fruit cocktail dan perahkan limau. Bubuh ketulan ais utk menyejukkan lagi (klau ade ais parut lebih baik)
  • Utk menghidangkan cara buffet, masukkan sekali kesemua fruit cocktail, ketulan ais dan perahan jus limau ke dlm jelly, bila hendak makan, cedok sendiri…tambahkan buah sliced peach dlm tin atau apa saja jenis buah2an dlm tin yg lain ikut selera lebih enak.
  • Jika susah hendak mendapatkan daun cincau, gantikan dgn 2 tin(300ml x 2) air cincau (yg siap utk diminum).Masukkan ke cara2 (1) tetapi jumlah air dlm adunan hendaklah dikurangkan 600 ml.
  • Selamat mencube

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN