Apam ni hasil kreativiti dari kegilaan terhadap teh Earl Grey yang melampau. Rasanya boleh tahan terutama kepada peminat teh Earl Grey.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Perisa Earl Grey

Apam ni hasil kreativiti dari kegilaan terhadap teh Earl Grey yang melampau. Rasanya boleh tahan terutama kepada peminat teh Earl Grey.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum diayak
  • 6-7 uncang teh Earl Grey direndam dalam 1 cawan air panas kemudian dibiarkan sejuk
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula – (boleh dikurang atau tambah mengikut citarasa manis masing masing)
  • 2 sudu teh eno
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan. Sediakan 6 cawan ramekins atau bekas yang sesuai untuk mengukus apam.
  • Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung, air teh, air, dan gula. Kacau sebati. Jika adunan bergentel, blendkan sekejap sehingga semuanya sebati.
  • Campurkan 2 sudu teh eno kedalam bancuhan tadi dan kacau lagi hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam ramekins atau apa apa acuan apam yang sesuai dan kukuskan selama lebih kurang 20 minit.
  • NOTA: Alas tudung kukus dengan kain untuk mengelakkan air menitik ke atas permukaan apam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN