Lagi resepi ibu mertua…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kicap Bercili

Lagi resepi ibu mertua…

BAHAN-BAHAN

  • 8 ketul ayam yang dipotong besar2-digaul dgn sedikit garam & serbuk kunyit dan digoreng
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 2 inci halia – dikisar (*)
  • 15-20 biji cili kering – dikisar berasingan daripada (*)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Rempah tumis secukupnya – bunga lawang, cengkih, kayu manis, dll
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda (*) bersama dengan rempah tumis hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  • Masukkan kicap dan gula. Kacau hingga sebati dan mendidih.
  • Masukkan air asam dan kacau lagi.
  • Masukkan ayam dan gaul hingga kuah sebati dengan ayam.
  • Akhir sekali masukkan potongan bawang besar dan kacau hingga bawang layu sedikit.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Boleh ditabur dgn hirisan daun sup/bawang jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN