Kuih apam yg menggunakan putih telur…lebihan putih telur drpd membuat kek roll nutella.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Selendang Mayang(Apam Putih Telur)â¢
Kuih apam yg menggunakan putih telur…lebihan putih telur drpd membuat kek roll nutella.
BAHAN-BAHAN
- 1 cwn putih telur
- 1 cwn gula halus (kurangkan sedikit kerana resipi asal kuih terlalu manis)
- 1 sk ovalette
- 1 sk garam halus
- 1 cwn tepung gandum – diayak
- 1 1/2 cwn pati santan(saya guna santan kotak aje)
- sedikit esen coconut pandan/pandan flavour atau apa saje flavour utk menghilangkan bau telur.
- 3 warna pilihan
CARA PENYEDIAAN
- Pukul putih telur sebentar dan masukkan gula sedikit2,garam dan ovalette dan pukul terus dgn kelajuan tinggi hingga putih gebu.
- Masukkan tepung dan santan berselang-seli hingga habis sambil dipukul hingga sebati dgn kelajuan sederhana. Matikan mixer dan gaul pula dgn senduk atau spatula hingga rata.
- Masukkan esen dan digaul lagi. Adunan dibahagi 3 dan warnakan.
- Kukus adunan selapis2 didlm loyang yg dialas dan digris. Setiap 1 lapis dikukus 10 min. dan lapis akhir dikukus selama 20 min. atau hingga permukaan kuih kering.
- Biarkan kuih sejuk didlm loyang. Potong dan hidangkan.
- Utk pengetahuan bersama, adunan kuih ini tak sesuai dikukus dlm paper cup.Saya dah cuba…apabila dibuka penutup kukusan kuih nampak kembang tapi terus mengecut depan mata…terperanjat sekejap…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.