Ni resipi ciptaan mak cik kat Sarawak. Kalau tak silap ahli kumpulan WI dan KEMAS pun da buat dulu. Turunkan kat sini untuk dikongsi bersama. Lapisan tak berapa menjadi pasal telur tak sama saiz. (tak beli lagi alat pemotong telur tu). Tahan lama, leh simpan dalam fridge, keluarkan awal kalau nak makan atau panaskan (steam)semula.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Telur Hong Kong

Ni resipi ciptaan mak cik kat Sarawak. Kalau tak silap ahli kumpulan WI dan KEMAS pun da buat dulu. Turunkan kat sini untuk dikongsi bersama. Lapisan tak berapa menjadi pasal telur tak sama saiz. (tak beli lagi alat pemotong telur tu). Tahan lama, leh simpan dalam fridge, keluarkan awal kalau nak makan atau panaskan (steam)semula.

BAHAN-BAHAN

  • *10 biji telur asin – dibersihkan, direbus sampai masak, dikupas kulitnya dan dibelah 4
  • *10 biji telur padi – dibersihkan, dikupas kulitnya dan dibelah 4 (kena teliti sikit sebab isi telur ni lembut)
  • 10 biji telur ayam
  • sebiji lada hijau besar – dibuang biji dan dicincang
  • sebiji lada merah besar – dibuang biji dan dicincang
  • daun bawang dan daun sup secukupnya – dihiris halus
  • * kalau ada alat pemotong telur, elok gunakan untuk mendapat saiz yang sama rata besarnya supaya cantik setelah disusun.
CARA PENYEDIAAN
  • Susunkan telur asin dan telur padi secara berselang-seli dan dalam kedudukan menangkup antara satu sama lain. Contohnya, susun dahulu satu potong telur asin dalam kedudukan menelentang. Kemudian selangkan disebelahnya telur padi dalam kedudukan menelungkup. Susun lagi telur asin dan begitulah seterusnya. Pastikan kedua belah bahagian telur bercantum antara satu sama lain.
  • Setelah selesai disusun di dalam loyang, (saya gunakan loyang kecil 9x6x3 – kalau ada loyang yang lagi kecil lebih bagus dan tidak banyak penggunaan telur) curahkan dengan telur ayam yang sudah dipukul.
  • Taburkan lada hijau dan merah bersama daun bawang dan daun sup.
  • Kukus selama lebih kurang 30 – 45 minit
  • Setelah masak, biarkan sejuk sebelum dipotong.
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN