Resipi Buatan Sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Sapi@Lembu

Resipi Buatan Sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 100gm Koay Teow
  • 100gm Daging Lembu
  • 5 batang daun bawang (potong sepanjang 7cm)
  • 30gm Taugeh
  • 1 pkt perencah Bak Kut Teh (boleh didapati di semua sepermarket)–(Ini halal punya. Paket herbal nye. Kita x letak Khinzir. Ini cuma nama perencah je) Di dalamnya ada ginseng dan sebainye. Perencah sup herba. Kat Tesco & Giant leh dpt. Cari logo halal pun
  • 1 SB sos tiram
  • 2000ml air
  • 1 1/2 SB Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci Koay Teow dengan air untuk melerai @ supaya Koay Teow tidak melekat dan diketepikan.
  • Tuangkan 2000ml air ke dalam periuk dan biar air mendidih kemudia masukkan 1 pkt perencah Bak Kut Teh serta 1 1/2 SB garam dan kacau.
  • Apabila aroma sup sudah naik, masukkan 1 SB sos tiram dan dibiar mendidih selama 2 minit.
  • Potong daging lembu tadi nipis-nipis supaya cepat masak. Kemudian masukkan daging lembu yang sudah dipotong tadi ke dalam sup dan masak selama 15minit dengan api sederhana besar.
  • Angkat daging lembu tadi dan ketepikan. Masukkan taugeh untuk dimasak selama 30 saat kemudian angkat.
  • Masukkan koay teow tadi ke dalam mangkuk dan letak taugeh tadi ke atasnya. Susun daging diatas taugeh kemudian tuangkan sup tadi ke atasnya. (Ikut suke korang nak letak byk ke x.)
  • Letakkan daun bawang yg sudah dipotong sepanjang 7cm tadi ke atasnya. Nah… sudah siap pun makanan kita. :+:Selamat Mencuba:+:

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN