Ringkas, resepi turun temurun (masakan utara kot!)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Jeruk Ikan

Ringkas, resepi turun temurun (masakan utara kot!)

BAHAN-BAHAN

  • 3-5 ekor ikan goreng (apa2 aje ikan goreng yg tak habis..baru goreng pun boleh juge..)
  • 10 ulas bawang merah – kalau besar belah dua aje..
  • 10 ulas bawang putih – kalau besar belah dua.
  • 2 inci halia – hilis halus memanjang.
  • sedikit biji sawi
  • 2 – 3 biji cili merah – belah 2
  • 5 sudu cuka makan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sb gula
  • garam secukup rasa
  • 3 sb minyak untuk menumis
  • 1/2 sb jintan manis / jintan besar – tumbuk halus dan ambil airnya.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Masukan bawang merah, putih, biji sawi dan halia. Biar hingga kekuningan.
  • Masukkan air, cuka, air jintan manis & gula. Tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan ikan goreng dan cili merah. Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Imbangkan rasa masin, manis & masam.
  • Siap..selamat mencuba…!!
  • Note: Jeruk ni lebih sedap selepas semalaman sebab semua isi dah sebati dgn cuka..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN