masakan harian kesukaan famili.Enak dimakan bersama nasi putih,nasi minyak, nasi tomato …juga dgn roti…ikut selera..masing2..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Daging Masak Beefsteak Kicap™

masakan harian kesukaan famili.Enak dimakan bersama nasi putih,nasi minyak, nasi tomato …juga dgn roti…ikut selera..masing2..

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo daging goreng – potong kecil ikut suka hati, rebus 1/2 masak. Air rebusan jgn dibuang.
  • 80 g rempah beefsteak
  • 70 g tomato puree
  • 1/2 botol kecil kicap manis
  • 3 biji tomato – potong 4
  • 3 biji kentang – kupas kulit, potong 6(wedges) dan goreng
  • Bahan kisar:-
  • 1/2 jari halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 10 tangkai lada kering – direbus,cuci dan toskan
  • Bahan tumis:-
  • secukup minyak
  • kayu manis, cengkih, pelaga
  • 2 biji bawang besar – dihiris bulat
  • garam,gula dan penyedap rasa (opt)
CARA PENYEDIAAN
  • Rempah beefsteak, tomato puree serta bahan2 kisar digaul rata.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dgn api sederhana hingga bawang layu.
  • Masukkan campuran rempah, kacau rata dan masukkan sedikit air rebusan daging supaya tidak hangus.
  • Masukkan pula kicap,gaul lagi dan masukkan daging. Bubuh garam,gula,penyedap rasa jika perlu
  • Masak hingga daging empuk dan masukkan kentang goreng dan tomato. Gaul rata dan masak hingga pekat sedikit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN