resipi laksa

Bagi penggemar resipi asam laksa di gerai D’laksa yang sering berkunjung ke pasaraya Aeon, anda pasti mengenali kelazatannya. Ketika berjalan di depan gerai, aroma harum kuah laksa yang menyengat dapat dirasakan.

Kepekatan, keasaman, dan keasinan semuanya lengkap. Disajikan dengan petis undang untuk meningkatkan selera.

Baca juga: Laksa Lemak Siam, Menu ‘Rare’ Kuah Pekat Guna Resipi ASLI

Terfikir untuk mencuba masak versi D’laksa ini untuk keluarga? Anda boleh mencuba resipi yang dikongsi oleh Isma wati Hashim ini. Pasti akan memberikan kepuasan.


RESIPI ASAM LAKSA ALA-ALA D’LAKSA

resipi asam laksa

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin mackerel (Cap Ayam)
  • 1 paket pes asam pedas Adabi
  • 3 biji bawang merah
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Sedikit belacan
  • Asam Keping
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto (tidak wajib)
  • Air secukupnya
  • Bebola ikan
  • Sebungkus laksa basah ( dicelur dalam 5-10 minit)
  • Daun Salad
  • Limau Kasturi
  • Petis Udang

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisarkan sardin, pes asam pedas, bawang merah dan belacan.
  2. Tuangkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air sesuai dengan kepekatan kuah yang diingini.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum dan asam keping.
  4. Rebus sehingga kuah pekat
  5. Perisakan kuah dengan garam, gula dan Ajinomoto.
  6. Masukkan bebola ikan dan rebus seketika.
  7. Kuah laksa sudah sedia untuk dihidang bersama laksa, daun salad, bawang merah, limau kasturi dan petis udang.

resipi asam laksa


Selamat mencuba.

Sumber: Isma wati Hashim

Baca juga: Laksa Mee Pangkor Resipi ASLI, Hidangan Signature Unik di Pulau Pangkor

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN