Senang, cepat dan sedap!!! Sesuai untuk sarapan dan minum petang.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mini Sosej & Cheese Roll
Senang, cepat dan sedap!!! Sesuai untuk sarapan dan minum petang.
BAHAN-BAHAN
- 10 biji mini sosej (saya guna Ayamas mushroom cocktail sosej)
- 5 keping roti (saya guna roti gardenia wholemeal)
- 5 keping slice cheese
- 2 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
CARA PENYEDIAAN
- Goreng sosej hingga masak dan kuning keemasan. Ketepikan dulu.
- Gelekkan roti hingga mampat satu persatu (untuk elakkan dari serap banyak minyak masa menggoreng nanti).
- Letak sekeping slice cheese ke atas sekeping roti yang telah digelek tadi. Kemudian dipotong kepada 2 bahagian.
- Letakkan sebiji sosej mini yang telah digoreng tadi diatasnya dan gulungkan. Sapukan telur dihujung roti untuk melekatkan roti.
- Yang ini telah siap digulung dan sedia untuk digoreng.
- Celup satu persatu ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan.
- PERINGATAN :
Pastikan api sederhana semasa menggoreng kerana cheese akan cair dan akan garing di dalam minyak. Dan selalu balik-balikkan untuk mengelakkan roti dari melekat kat cheese yang dah cair dalam kuali tu. - Ini versi normal sosej. Lihatlah lelehan cheesenya yang mencair…..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.