jeruk daging

Rupanya mudah saja cara buat sendiri daging jeruk berempah di rumah. Aroma daging sewaktu sedang digoreng memang sangat membuka selera!

Jika mahu menggorengnya, tidak perlu masak terlalu lama. Hanya panaskan sedikit minyak dan goreng daging bersama hirisan bawang serta cili.

Resipi ini juga tidak mengambil masak yang lama untuk proses penapaian. Selepas 12 jam, daging sudah siap ditapai dan sedia untuk dimasak.

Ia juga sesuai dijadikan menu jualan buat mereka yang mahu mencari pendapatan tambahan. Mari ikuti resipi lengkap oleh Yuss Aisya di bawah.

Baca juga: Resipi Daging Harimau Menangis ‘Juicy’, Buat Sendiri Baru Puas Makan

RESEPI JERUK DAGING BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Garam
  • Limau nipis/kasturi/lemon
  • Serbuk kari

Cara penyediaan:

1. Basuh daging sehingga bersih. Kemudian bekukan. Hiris nipis daging nipis-nipis ketika daging separa beku. Tapiskan.

2. Setelah air daging selesai ditos, susun daging di dalam bekas. Tabur rata garam, jangan terlalu sikit kerana nanti kuman tak mati.

jeruk daging

3. Perahkan juga limau nipis atau limau kasturi atau lemon. Pastikan perah rata dan terkena pada semua bahagian daging.

4. Perap dan biarkan sehingga daging berubah warna kelabu. Ini tanda ia sudah menapai. Proses biasanya ambil masa selama 8 hingga 12 jam. Boleh letak di luar atau di dalam chiller.

5. Selepas selesai proses penapaian, ambil daging dan toskan.

6. Tuang serbuk kari pilihan masing-masing di dalam bekas dan masukkan daging jeruk tadi sedikit-sedikit. Tutup bekas dan goncangkan supaya dapat hasil daging yang bersalut sempurna.

7. Boleh dibungkus untuk jualan atau makan sendiri. Tak perlu dibekukan, selamat pada suhu bilik.

jeruk daging

8. Cara masak, goreng macam masak daging biasa. Rasanya sangat sedap, masam masin berempah. Selamat mencuba!

jeruk daging

Kredit resipi dan gambar: Yuss Aisya

Baca juga: Jom Buat Sendiri Daging Burger Homemade, Rasa Dijamin Lebih Sedap & Juicy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN