Musim hujan ni kalau hirup sup ketam mesti sedap kan. Lagi -lagi kalau sup tu masih panas. Memang terbaik lah.
Menu ini juga sering dibuat sebagai ‘ubat’ bagi mereka yang sedang demam atau kurang sihat. Namun begitu, sup ketam juga sesuai jika anda ingin menukar selera dengan menikmati hidangan jenis sederhana tanpa banyak rempah ratus.
Baca juga: Tip Pilih Ketam Segar, Manis Dan Banyak Isi, Baru Berbaloi Nak Beli
Hidangan sup ini merupakan hidangan yang mudah untuk disediakan. Walaupun ringkas, hidangan ini dapat memikat selera bagi mereka yang menikmatinya.
Rasa manis air daripada isi ketam membuatkan kuah sup menjadi sedap dan lazat. Selain menikmatinya bersama nasi putih, ia juga boleh dihirup begitu sahaja atau boleh juga dimakan bersama bubur nasi.
RESIPI SUP KETAM SIMPLE
Bahan-bahan:
- Ketam
- Kentang
- Bawang besar/ bawang holland
- Halia
- Bawang putih
- Sup bunjut
- Rempah 4 sekawan
- Lada hitam
- Garam
- Secukup rasa
- Akar daun ketumbar
Cara-cara memasak:
1. Tumiskan dahulu bawang besar atau holland, halia, bawang putih dan akar ketumbar.
2. Letakkan serbuk lada hitam sehingga naik bau.
3. Seterusnya, letak rempah empat sekawan.
4. Letak air dan masukkan kentang bersama sup bunjut. Biarkan kentang sehingga empuk, baru lah masukkan ketam yang sudah dibersihkan.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa
6. Bila ketam sudah bertukar warna oren, bolehlah masukkan daun sup/daun ketumbar.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Amylia Atikah
Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini