tip hilangkan kesan kunyit

Bagi anda yang mencari cara nak bersihkan kunyit pada tangan, ini ada tip hilangkan kesan kunyit yang berkesan.

Bila kita memasak sesuatu hidangan yang menggunakan kunyit, sudah pastinya kesan kuning tersebut akan melekat pada tapak tangan. 

Baca juga: Sotong Goreng Kunyit Berempah, Gaul Dengan Nasi Panas-panas, Nikmatnya!

Mungkin ada sesetengah daripada anda tidak tahu bahawa kunyit juga sangat bagus untuk merawat muka yang mempunyai jerawat dan parut jerawat.

Mari lihat antara petua dan tip untuk membersihkan warna kuning kunyit pada tangan . 


TIP HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA TANGAN

Mungkin ada orang akan menjawab kenapa perlu susah-susah nak hilangkan kesan kunyit, sedangkan boleh guna sudu atau sarung tangan untuk mengaul kunyit. 

Tapi, kalau sudah terbiasa menggaul tanpa sebarang sarung atau peralatan, memang akan mengunakan tangan juga. Baru terasa air tangan seorang ibu. 

Ini antara tip untuk hilangkan kesan kuning dengan berkesan. Tak perlu risau kuku dan tapak tangan kuning berpanjangan.

tip hilangkan kesan kunyit

 

1. Baking soda

Gunakan baking soda dan lumurkan pada tangan yang ada kesan kunyit. Tip ini mampu kurangkan kesan kuning tetapi masih belum hilang sepenuhnya.

2. Lemon/limau

Boleh gosok sepotong lemon atau limau pada tangan. Kemudian, cuci dengan sabun tangan dan bilas seperti biasa. Yang ini memang berkesan.

3. Cuka

Boleh cuci mengunakan sedikit cuka yang dicampur dengan sabun. Ini kerana cuka bersifat asidic sama seperti limau.

4. Minyak zaitun / minyak kelapa

Gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa pada tangan dan biarkan sebentar sebelum mencuci dengan sabun dan air.

5. Garam dan minyak

Campurkan garam dengan minyak dan gunakan campuran ini sebagai pembersih. Gosokkan campuran tersebut pada tangan dan bilas dengan air.


Sentiasa ingat untuk menguji kaedah pembersihan pada tompokan kecil kulit terlebih dahulu untuk memastikan ia tidak menyebabkan reaksi alahan.

Jika warna berterusan atau masalah berterusan, adalah disyorkan untuk berjumpa pakar dermatologi untuk mendapatkan nasihat yang lebih khusus.

Semoga bermanfaat.

Sumber: wawadels

Baca juga: Hati Ayam Goreng Kunyit, Campur Pula Kacang Panjang, Memang Laku Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN