lempeng telur

Lempeng telur ini kelihatan hampir sama dengan roti canai telur, tetapi kedua-duanya dimasak dengan cara yang berbeza.

Cara membuatnya sama saja seperti lempeng biasa, tetapi ada penambahan telur semasa dalam proses memasak.

Ia sesuai dinikmati sewaktu sarapan pagi atau makan petang. Cukup sedap jika dicicah dengan kari, gulai lemak cili padi dan sebagainya.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara penyediaannya, mari ikuti resipi perkongsian oleh Faizah Husain di bawah.

Baca juga: Resipi Lempeng Kampung, Ikut Cara Ini Dijamin Gebu & Lembut Elok

CARA BUAT LEMPENG TELUR

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air
  • Telur

Cara memasak:

1. Bancuh tepung gandum, garam dan air.Kacau sebati dan pastikan adunan jangan terlalu pekat dan terlalu jangan cair sangat.

2. Masak lempeng seperti biasa. Setelah ia cukup masak, sapukan sedikit minyak dan letak telur yang dipukul dengan garam. Lagi banyak, lagi sedap. Biarkan masak dalam 5 minit baru terbalikkan.

lempeng telur

3. Letak telur dipermukaan sebelah lagi. Masak hingga kedua-dua belah menjadi garing.

4. Sedia untuk dihidangkan. Sedap jika dicicah dengan kuah kari, sambal bilis petai dan sebagainya. Selamat mencuba!

lempeng telur

Kredit resipi dan gambar: Faizah Husain

Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak

Baca juga: Lempeng Guna Daun Pisang, Auto Teringat Nostalgia Zaman Kecil Dulu-Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN